berdebar hati menunggu cincin disarungkan

Tuesday 29 March 2011

MINGGU PENINGKATAN SIVIK 2011

Semalam, 28hb bermulalah Minggu Peningkatan Sivik 2011 yang dianjurkan oleh Panitia Sivik & Kewarganegaraan SMKKB....Banner telahpon dinaikkan sehari sebelum Minggu Peningkatan Sivik. Banner ini telah dihasilkan sendiri bukan untuk mengurangkan kos tetapi sebagai tanda kreativiti dan hasil usaha Panitia Sivik. Biarpun ianya 'simple', namun lega rasa hati apabila ianya dapat disiapkan sepenuhnya dan digantung akhirnya menjadi tatapan warga SMKKB. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang Minggu Peningkatan Sivik adalah kuiz sivik, pertandingan melukis poster, pertandingan memperhebat sahsiah diri, pertandingan membuat ABM, tayangan bermesej positif dan kerja amal memperindah kawasan sekolah...Walaupun pelbagai abaran dan dugaan ditempuhi, namun kugagahi jua demi Sivik & Kewarganegaraan!!!